Servis Kami di ATMA
ATMA menawarkan dua cabang utama dalam menyediakan perkhidmatan profesional kepada individu dan organisasi. Pilih laluan yang sesuai dengan keperluan anda — sama ada untuk kesejahteraan mental atau pembangunan latihan.
1. ATMA Psychology Centre
Kami menyediakan ruang untuk diri anda. Di ATMA Psychology Centre, kami menawarkan sesi kaunseling dan rawatan psikologi bersama barisan kaunselor, psikologis, dan doktor yang berpengalaman. Sama ada anda sedang mencari ruang untuk berkongsi, mendapatkan sokongan profesional, atau menangani isu kesihatan mental – kami di sini untuk anda.
2. ATMA Training Centre
Untuk organisasi dan individu yang ingin membina potensi diri dan pasukan. ATMA Training Centre menawarkan ruang latihan untuk disewa, program latihan HRD Corp bersama Dr. Athrash, dan juga pensijilan TTT di bawah HRD Corp. Fokus kami adalah pada pembangunan insan, motivasi, dan kesejahteraan mental di tempat kerja.