Tentang Kami – ATMA Psychology & Training Centre

🧠 Kenapa ATMA Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Mental Anda?

Kami percaya setiap individu berhak untuk rasa difahami dan disokong.
Di ATMA, kami sediakan penyelesaian kesihatan mental yang menyeluruh – dari saringan awal, konsultasi, terapi, hingga ke sesi luar bersama alam.
Perkhidmatan kami disesuaikan ikut keperluan anda, supaya anda boleh kembali rasa tenang dan seimbang.

🌿 Siapa Kami?

ATMA Psychology & Training Centre ialah ruang selamat untuk anda mengenali diri, belajar kawal emosi, dan membina semula kekuatan mental.
Kami bukan sekadar pusat terapi – kami komuniti yang komited untuk sebarkan kesedaran dan bantu anda cari semula “tenang” dalam hidup.

Klien
0 +

Terima kasih kerana memilih Atma Psychology. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan kesihatan mental anda.

Program & Workshop
0 +

Kami sentiasa menerima undangan dan berusaha untuk mengembangkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan mental melalui pelbagai program dan bengkel yang dijalankan di seluruh negara.

Pakar Terapi
0

Pakar terapi kami adalah profesional yang berkelayakan tinggi dengan pengalaman luas dalam bidang kesihatan mental. Kami menawarkan pelbagai terapi khusus untuk memenuhi keperluan anda.

Tahun Ditubuhkan
2025

Di Atma Psychology & Training Centre, kami menawarkan perkhidmatan kesihatan mental dan latihan yang terbaik, disesuaikan dengan pendekatan holistik bagi setiap individu.

👩‍⚕️ Kenali Pasukan Kami

Doktor Perubatan | Penggerak Kesedaran Mental Komuniti

  • Berpengalaman dalam KKM selama 2013-2024
  • Berpengalaman dalam kesihatan mental komuniti di KKM (2022–2024)

  • Pemegang sijil Mental Health, Recovery & Community Inclusion (WHO, 2024)

  • Speaker jemputan universiti dan industri (USAS, USM, UIS, UNIKL, FGV, Inokom & banyak lagi)

  • Aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental di TikTok & sekolah-sekolah

Perkhidmatan:
• Konsultasi: RM250/jam
• Saringan Mental: RM50 (tanpa konsultasi)
• Persediaan ke alam sekolah/universiti: RM250/jam
• Saringan mental untuk pekerja: RM250/kali + laporan
Coaching self-love & compassion: RM400/jam (lokasi outdoor, tenang & semula jadi)
• HRD Corp TTT Trainer
• HRD Corp Certified Vendor for TTT Certification

Psikologi Klinikal | Jurulatih Pekerjaan | Trainer Bertauliah

  • Ahli Psikologi Klinikal Berdaftar (MAHPC)

  • Naib Presiden Malaysian Adult ADHD Society

  • HRD Corp Certified Trainer & Certified Job Coach

  • Pengalaman 3 tahun dengan fokus pada ADHD dewasa, trauma, dan kesedaran diri

Terapi Ditawarkan:
• Acceptance & Commitment Therapy
• Cognitive Behaviour Therapy
• Intervensi ADHD
• Isu tidur
• Kesedaran diri & pertumbuhan peribadi
Harga sesi terapi: RM250/jam

Kaunselor Klinikal & Kesihatan Mental | Art Therapist | Penceramah | Pembina Modul

Dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam sesi kaunseling, penilaian psikologi dan intervensi, En. Azfar aktif membantu klien dari pelbagai latar belakang untuk mengurus isu seperti kesihatan mental, ketagihan, kerjaya, hubungan, LGBTQ+, personaliti, dan kesedihan mendalam.

Beliau dikenali kerana pendekatan yang terbuka, penuh empati dan selamat — sesuai untuk individu yang ingin lebih memahami diri atau sedang melalui fasa kehidupan yang mencabar.

Perkhidmatan Kaunseling:
• Sesi individu atau berkumpulan (RM200 sejam)
• Kaunseling kesihatan mental klinikal
• Kaunseling perkahwinan
• Kaunseling ketagihan
• Kaunseling kerjaya
• Kaunseling personaliti
• Kaunseling keluarga
• Kaunseling remaja
• Kaunseling pemulihan
• Kaunseling LGBTQ
• Kaunseling kehibaan (grief)

Penceramah Profesional | Pakar Pembangunan Modul Latihan

Encik Azfar ialah seorang Kaunselor Berdaftar dan penceramah berpengalaman yang membantu individu, keluarga, pasukan, dan organisasi mencapai kesejahteraan mental, komunikasi berkesan, dan meningkatkan ketahanan diri. Menggabungkan pendekatan trauma-informed, intervensi psikologi, dan strategi pembangunan potensi, beliau memberikan pengalaman pembelajaran yang relevan, praktikal, dan memberi kesan jangka panjang.

Sepanjang kerjaya beliau, Encik Azfar telah memimpin sesi kaunseling, terapi intensif, dan program latihan untuk pelbagai sektor termasuk pendidikan, korporat, dan komuniti. Gaya penyampaian beliau yang tenang, fokus, dan penuh empati menjadikan setiap sesi selamat dan produktif sama ada untuk menyelesaikan konflik, mengurus tekanan, atau membina keyakinan diri.

Bidang Kepakaran:

• Pembangunan potensi & kepimpinan
• Pengurusan konflik & komunikasi berkesan
• Kesihatan mental & kesejahteraan psikologi
• Pemulihan trauma & ketahanan diri (resilience)
• Kaunseling kerjaya, perkahwinan & keluarga

Perkhidmatan Profesional:

• Sesi kaunseling individu, keluarga & berkumpulan (RM150/Sesi) Online RM100/sesi
• Terapi intensif kesihatan mental
• Latihan & bengkel korporat
• Pembangunan modul latihan khusus
• Sesi motivasi & pembangunan pasukan (Team Building)

MAHPC : Ahli Psikologi Klinikal Berdaftar
Psikologi Klinikal | Juruterapi Psikologi | Jurulatih Psikologi

Pengalaman selama 3 tahun dengan fokus pada Depression, Anxiety, Borderline Personaliti Disorder (BPD), ADHD dewasa, dan trauma (ganguan emosi, fizikal & seksual).

Terapi Ditawarkan:
• Individual Therapy
• Couple Therapy

Psychotherapy
• Cognitive Behavioural Therapy
• Dialectical Behaviour Therapy
• Psychodynamic Approach

Harga Sesi Konsultasi Pertama: 270/jam
Harga sesi terapi seterusnya: RM250/jam
Penilaian ADHD (Assessment) + Konsultasi Keputusan = RM750